Monday, August 16

Oh.. Terasa Kehilanganmu

Tajuk mcm org putus cinta.. oh tak tak. Entri ni khas untuk Hanna. Muahaha... Walaupun da seminggu anda fly, terasa mcm dah berbulan lamenya. Rindu tau.. Walaupun cube nak bayangkan mcm anda hanya balik ke nilai tapi terpaksa menerima hakikat yang anda tak lagi menjadi warganegara inti. Rindu saat-saat kite berhempas pulas mencari barang2. Habis serata pelusuk shopping, hypermarket kita terjah dari satu-satu, Daripada baju sejuk, baju tido, baju raya, rempah ratus, dan mcm-mcm lagi la. Inilah hasilnya..
Jeng..jeng..jeng


teka berapa kilo?

ni plak?

Berita buruknya.. kedua-dua nya lebih muatan, maka penimbangan di airport telah menyebabkan beg ini diberi diberikan sesi slimming world. Kesian baju tido tu berangan-angan nak menetap di US tetapi ditinggalkan. Btw, ni gambar khas supaya anda tidak merinduinya. Nak pakai tunjuk kt skype, anda tidak izinkan..haha

tergamak tuan tinggalkan saya.. T____T

Berbalik semula kepada aktiviti kita. Tak cukup dengan siang bershopping, mlmnye plak masih sempat berfoya-foya gi karok dan tengok wayang selama 3 hari berturut-turut dan sebelum-sebelumnya. Terima Kasih kepada StyLo kerana memberikan tiket sponser utk movie street dance, sorcerer's apprentice, inception, last airbender dan salt juga. TQVM. Bagi menghormati bulan ramadhan, tak dapat la nak meneruskan kegiatan yang agak kurang faedah interest ni. Bak kate mak, membazir je la korang ni. Meh cite skit aktivit yang dibuat.

Hari Pertama: Kita berkaraoke, patot ade sesi bowling tapi apsal lak bowling gi tutup awal
Hari Kedua: Tengok cite inception yang cerita nye berputar belit tapi best. Thumbs up!!
Hari Ketiga : Tgk avatar the last airbender yang ternyata pathetic gile. Cite hampeh. Baik tgk kartun die lagi best.

Part best nk cite ni pasal karok la.. Abg dengan koolnye mnyanyi pitching lari tak ingat pun selambe jek. Sempat la kitorang nyanyikan lagu Hepi Birthday after kul 12mlm time tu.. Hehe. Pastu bantai nyanyi lagu jiwang nyanyi smpai sakit tekak.. Yang peliknya tajuk sume nak berkasih :gurauan berkasih, memori berkasih, resipi berkasih, dan adat berkasih. Lagu favourite berduet anda iaitu paling comel pun tak dilepaskan. Taula sebab mase 1st day tak sempat nk nyanyi..hehe. Masih ingat lirik ini.. Sila jangan lupe lirik ye..

P: Menangis hati ini
L: Ku juga bersimpati
P: Hancurnya harapanku
L: Maafkan sayang

P: Kasihmu yang berubah
L: Aku pun tak menyangka
P: Itulah alasanmu, pergilah sayang

Sesi Berduet





Aang ('Hanna') Vs Zukko (Si Stylo)
 WE MISS YOU!!!!