Tuesday, September 14

RY JB 2010

And mcm biasa la.. after zohor siap2 bertolak ke JB pada first raya. Tahun ini guna 'stylo' untuk ke destinasi kita. Perjalanan dalam 2+ jam akhirnya smpai around 6.30 pm. Mom & dad da gerak dulu, kereta asing2 biasalah.. org bujang satu kereta, org tak bujang satu kereta..huhu.
 
nama saya stylo

pakai spek supaya senang tdo ni..kan kan?
First day tak buat ape2.. smpai2 mandi solat siap2 semua, malam tengok tv then tdo awal. Tak sempat buat ape2 sangat pun sebab nama pun da penat. Btw, tahun ni takde laksa johor..oh sangat sedih T__T
Kat sini kalau raya, nnti akan datang la budak2 yang nak duit raya. Yang agak lain skit kat sini, cara dia macamni semudah 1, 2,3 and 4

Step 1 - Budak2 datang...
Step 2 - Budak2 bagi salam : Assalammualaikum....
Step 3 - Tuan rumah: Berapa orang ye...
Step 4 - Budak2 menjawab : Lima orang

Terus dapat duit raya....

HEBATKAN!!!

Dulu kami pun begitu... ^____^

Dah besar2 ni tak dapat la pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah, ye tak. Nak dijadikan cerita, dulu pernah la berlaku satu kejadian di mana masa kitorang pergi satu rumah ni, makcik tu tanya la anak sape ni. cakap la cucu jenab.. dia kenal la. Then tanya tok sehat tak? Pastu kitorng terpinga-pinga sambil buat muka pelik pandang satu sama lain.. Eh? Atok kan da meninggal.. Makcik tu pun tersenyum sambil cakap.. oh tak panggil tok ke? Tidak.. tidak, kami panggil nenek ya. Rupa2 nya kat sana orang biasa panggil nenek dengan panggilan tok @ tokwan. Tak ke kekonfiusan berlaku di situ?


Ok..ok, tukar topik. Masa raya kedua kitorang pergi beraya di CS. Hebatkan.. Ade ke patot beraya di situ. Motif, nak gi tengok resident evil dan berjalan2. Kitorang ni tak familiar dengan jalan2 di JB. Orang2 JB sila bagi recommendation, mana lagi tempat yang sesuai untuk diterokai. Btw, serik datang danga bay time raya, dah macam di negara lain >.<"

Kat CS kitorang jumpe kedai abg.. Tak sangka plak die buka cawangan kat sini,huhu

selamat datang ke kedai stylo

Makan kat nandos. Serius kenyang tak ingat la.. Bak kate zira, seluar die da ketat,haha. Sanggup makan habiskan semua, elakkan pembaziran. Patot ide ada sama kan bagus time ni T__T

janggut nandos mari

menunjukkan jam reader digest yang baru dapat

muke tak sabar nak makan ni, kontrol2

before
.
.
.
.
.
after
Licinkan.. tinggal separuh nasi yang tak abis lagi.. Pembaziran T___T

The next day, kitorang pun balik.. Selamat tinggal JB

Miss & love u so much nek <3


 

Monday, September 13

RY 2010

Nak story pasal raya la plak.. Mcm biase la, pas mandi siap2 salin baju sume. Theme kaler tahun ini sepatotnya hijau. Tapi nak pilih baju yang matching kaler susah sangat. Tak nak la boria sangat, sume dari kain yang same kan kan. Last2 3 hijau, si hitam dan si putih (budak jahat dengan si budak baik). Dad tanak include in photo, almaklumla pemalu kowt @@
Ape kes?

From left: si jahat (sendri), pasangan hijau (imam muda & mom), green, si baik

As usual, keluarga pertama yang datang ialah The Shariff's family dengan theme quest crew colour (purple) tahun ini memeriahkan suasana. Sesi bergambar di jalan starfruit pun bermula..

starfruit street
Shariff's family with QC theme colour (purple)
Posing on the roadside

Tahun ni mcm tak ramai sangat budak2 datang tapi kebanyakan bukan budak2 taman pun tapi dorang memang sporting abis la. Dapatlah ambil gambar beberapa budak. Ade yang datang hari raya ke-3, baru blk dari JB (time tu mak usu & family datang before dorang balik JB)

Group 1st yg datang (dorang pemalu skit)
Ni group second
Ade group lain2 tapi tak sempat nak ambil gambar dorang sebab dah busy nak kemas2 barang balik JB dengan nak skype dengan ena. Aisey, gambar dengan ade budak2 group yang kembar tu dah hilang. Ni last group di raya ke-3. Dorang ni memang sporting habis la.

Group budak balai panjang
Yang lawaknye, ade la 2 daripada budak2 ni yang dapat terlebih extra duit, kawan2 dorang siap ckp kat mom ade budak dapat extra, siap suh kwn die yang dpt extra pulangkan balik. Last2 mom bagi budak2 yang dapat kurang to be fair & square.. hehe.

NEXT... To Be Continued...

Sunday, September 12

Sebelum Raya

Aisey.. dah lambat sebenarnya nak cerita part before raya. Maklumla harini pun dah raya ke-4. Tapi still nak cerita gak ape yang dibuat masa hari before raya.

1. Cat mengecat.

2. Buat kuih raya (gambar tak sempat diambil sebab mmg sangat busy time tu T___T). Ni gambar hasil google je tapi seakan jugak la kot gambarnya. Hoho
    Almond London
    Cornflakes madu
    Both kuih ni kira wajib tiap2 tahun la..
     3. Tunggu barang order online sampai. Hasilnya beberapa tudung (semuanya milik orang lain not me T__T)
    yang warna pink dan hijau je sendiri punya
    4. Tukar dinding.. daripada dinding kayu ke besi (eh takla, pasang wallpaper saja

     SEBELUM


    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    SELEPAS
    oh..gambar senget diambil org yang senget (saya la tu) sebab terpesona sgt dengan kaler itu
    5. Sesi mengemas rumah (upah bibik khas ni.. muahaha. Tapi dia kemas bilik sendiri sahaja) 

    6. Shopping sampai di malam raya

    gambar diambil after raya.. so barang2 pun ada yang dah dipakai

    Masa malam raya sepatutnya buat takbir di rumah macam biasa tapi tahun ni ingat nak buat dekat rumah nenek atas permintaan singaporean. Tapi disebabkan kesilapan teknikal, dua-dua rumah pun tak buat. Salahkan andak sebab dia yang sebuk pergi bazar ramadhan malam raya tu. Ishk2..

    So next story.. will be masa raya pula okay.. (,")

    Thursday, September 9

    Go! Go! Power Rangers!!

    Entri ni khas ditujukan buat beloved ena.. Tau anda sekarang tensyen2 dengan segala assignment.. tak paham lecturer ajar, nak kene study banyak, dengan homesick lagi.. Biasa la itulah dugaan.. Hari2 mengadap buku je memang sangat bosan..


    Tapi, sila jangan tension sebegini..

    kerana kami di sini akan jadi begini..


    Sila jangan sedih2 selalu.. Semoga mendapat semangat untuk pergi ke kelas seperti ini.. hehe

    8 pack ha.. bkn 6

    Ape2 pun kami di sini sangat merinduimu.. raya ni tak dapatla nak bergambar posing2 mcm selalu.. dah kekurangan satu.. biasa berlima. ni power rangers dah kurang seorang. last but not least, kitorang kat sini akan sentiasa mendoakan ena hokay. Semoga sentiasa ceria. Sepatotnya anda kena tengok astro ceria selalu supaya sentiasa ceria mcm haziq.

     Okay ena..Do ur very best k.. We love and miss u sooooooooooooooooooo..................... much!!

    Sunday, September 5

    Mari Mengecat

    Tengok entri pun dah tau nak cerita pasal ape. Semalam sehari suntuk mengecat. Sorang cat grill rumah dengan kaler pilihanku ungu. Lagi satu setengah orang cat gate dengar kaler favourite mak sepanjang hidup iaitu biru. Setengah tu pasal sorang tu buat keje tak abis. Rehat lebih dan sebuk mesej2 aja.

    kaler ungu mcmni la untuk grill rumah

    biru ini untuk gate
    Cat dari lepas zohor sampai pukul 7. Habis semua gate2 dicat walaupun tak termasuk list kena cat. Serius tangan kebas tapi still teruskan mengecat. Kebas punya kebas tukar cat guna tangan kiri dan kanan. Nasib tak pndai guna kaki, kalau tak pun boleh sekali. Mulut tak boleh la sebab puasa kan.


    Disebabkan melihat kakaknya mengecat dengan penuh bersungguh.. Si ide pun berkata "Nama saya _______ (ditujukan kepada kakaknya). Saya sangat suka mengecat."

    Sebenarnya akak ko ni teringin nak main paintball. Dah tak dapat, terpaksa la main dengan paint pulak. Ok wat... Bising2 pulak hang ni. Hoit ide. Sesuka hati ko kata hobi gua mengecat. Tak pasal2 nanti ade orang beraya dengan rambut kaler biru or ungu.
     
    kite letak kaler biru kat situ mau?

     takpun kaler ungu style macam ni


    paintball dengan paintgate... same ape

     Next time nak suggest mak kita tukar gate terus saja. 

    tukar design macam ini


    takpun macam ni

    kalau susah2 sangat nak jimat kos.. hiaskan letak patung2

    paling tidak pun, kasut2 kat ruma kita gantungkan jadi mcm dalam gmbar ni


    Sekarang tengah hujan lebat.. Harap gate itu masih kekal cantik dan cat sudah kering. Jika tidak, hati saya pula yang akan kering T___T

    Saturday, September 4

    Dilema Raya

    Tatkala syawal menjelang tiba..  ape persiapan yg nak kena buat? Org kite ni bile nak raya tu la baru sebuk2 nak buat persiapan. Tu ckp kat diri sendri jugak. Mase minggu pertama raya, tgk kat bazar ramadhan tu clear je. Tkde la ramai sgt org, kalau gi time skrg ni, sesak mcm dlm tin sardin la.

    Harini rasa exhausted kaw2 lagi kaw dari kopi kapal api tu. Dahla dari pagi dok kena mengemas sorang2. Buku2 kat almari tu penuh dgn pelbagai khazanah negara. Dengan habuk yang setebal satu inci lg. pergh... mengemas mcm org mendaki gunung kinabalu la. Tapi berkorban la, kemas2 mcm ni pun kira setahun hanya sekali la kot.. huahua.

    Dah setel part kemas masuk bab baru gi shopping plak petangnya. Dah nak raya ni la byk pulak wish list nye. Tu pun sebab atas permintaan diri sendri kat beloved mom. Mak kate kalau ikutkan die malas je nk buat itu ini. So tadi kitorang pun telah membeli pelbagai benda2.

    First2 mak suh gi singgah jalan bendahara sebab nak beli kacang? Lol. Tanya gak mak asal kacang. Mak kate tu utk letak kat bekas kuih raye la. Then singgah plak ke kampung jawa beli alas kaki.. Ler. Mak kate malas nak cuci2, beli je banyak then nnti bole pakai buang. Dah kat area tu ape lagi tak sah la kalau tak masuk madam king. Btol tak? Kat area sini kalau tak jem mmg tak sah. Tujuan gi situ untuk membeli bekas kuih raye. Tibe2 plak mak kate nak carik yang baru. Malangnya tiada yang berkenan di hati. Banyak yg ala2 vantage stail, mak plak anti brg2 vantage. Katenya berserabut. Tak kisah la kot. Sememangnya sendri pun tak suke bunga2 ni.

    Next pit stop ialah kedai topmaster. Tujuan ialah untuk mencari wallpaper. Muahaha. Inilah idea yang telah dicetuskan pada mak untuk membuat satu mural kat dinding. Lame gak dok kat kedai tu. Rase2nya org kedai tu pun malas nk tunggu die dok borak2 dlm kedai je tunggu kitorang. Dah lame belek2 last2 pilih gak kaler ala2 semi-hot pink. Mmg nak kaler tu pun in the first place. Then, cari kedai cat pula. That is also my idea btw. Saje suh beli kaler ungu, bukan sbb minat ungu band indonesia hokay. Kate quest crew fan, kena la ade ungu. Tol tak?

    Ianya tidak berakhir di situ, Kami juga sempat pergi ke keluarga ku. Mak kate nak carik baju melayu for dad and ofcoz bekas kuih raya. Jumpa la bekas yang memang menjadi mak jatuh cinta bile pertama kali nmpak. Punya la persuade mak suh beli 2 set, at last mak termakan. Mmg tu both tu kire last set. Sempat beli sebab mase tu dengar ade customer lain nak. Die tengah ckp kat jurujual lagi nak set yang sama. Cepat2 amik bawak lari tadi. Haha. Tapi mak pun cakap nsb baik die folo ckp suh beli 2 set. Siap dapat diskaun lagi time beli tu. Kalau tak as usual mak selalu la menyesal bile tak beli la, itu ini bile balik rumah. Dah tau perangai mak mmg camtu. Lepas tu terus heading balik ruma. around 7+ la sampai ruma.

    Haritu tak masak coz dad kata nak beli KFC untuk buka. So, thats the end of my story for today. Barang berbaloi2 of the day ialah set kuih raya yang cantik and menepati fav colour mak. Huhu.

    Oh btw, orang yang jauh tetap di kenang. Jangan bersedih bila beraya di dalam kelas ye.Di hari raya.. Terkenang daku kepada si dia.. Nasib la sebab kalau tak patot kena attend klas mase malam raya. Pergh tak sanggup. Time tu la byk bende nak kene buat kot. Nsb baik dah exchange time. Paling horror after raye ade exam. Aisey, tak best sungguh. Ade assignment and lab nak kene buat tak siap lagi, sebok update blog pulak. Okay... till nxt time. Gambar akan diupload later..