Sunday, February 20

Azizulhasni Awang

Well, saya bukan peminat sukan. Namun memang tertarik lah dengan semangat jaguh pelumba basikal  yang meneruskan perlumbaan walaupun tercedera. Memang hebat.. semoga lebih ramai jaguh2 negara yang bersemangat macam ni lah perlu dilahirkan.



azizulhasni awang

Peluang ke Olimpik tetap ada - Menteri
Daripada HAMDEN RAMLI
sukan@utusan.com.my




MANCHESTER - Kecederaan ngeri yang menimpa jaguh trek negara, Azizulhasni Awang turut mendapat perhatian Menteri Belian dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sempat meluangkan masa untuk melawat pelumba itu di Hospital Diraja Manchester, semalam. Ahmad Shabery berkata, walaupun kecederaan itu kelihatan parah tetapi hasil pemeriksaan doktor mendapati kayu yang tercucuk pada betis pelumba itu tidak mengena tiga bahagian penting iaitu saluran darah utama, otot dan tulang kaki.



"Alhamdulillah keadaan dia stabil dan pada masa ini dia baru menjalani pembedahan kecil mengeluarkan kayu tersebut.



"Saya difahamkan pihak hospital melakukan segala yang terbaik untuknya dan sama-sama kita berdoa supaya dia cepat sembuh," katanya kepada pemberita di Hospital Diraja Manchester, semalam.




Dalam kejadian tersebut, pelumba berusia 23 tahun itu cedera selepas terjatuh pada perlumbaan akhir kierin Piala Dunia Klasik UCI. Walaupun kayu masih tercucuk pada betis, pelumba kelahiran Terengganu itu bangkit menamatkan perlumbaan untuk memperoleh pingat gangsa. Perlumbaan akhir tersebut dimenangi jaguh Britain, Chris Hoy.



Ahmad Shabery berkata, berdasarkan semangat yang ditunjukkan Azizulhasni, beliau yakin pelumba harapan negara itu mampu sembuh lebih awal.



"Kita berharap semangat seperti ini akan dicontohi oleh seluruh atlet negara," katanya.
Beliau menambah, kerajaan akan meneliti laporan doktor sebelum membuat keputusan lanjut tentang rawatan susulan yang perlu dilalui oleh Azizulhasni.



Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang dalam lawatan kerja rasmi ke United Kingdom berkata, Azizulhasni tetap berpeluang untuk layak ke Sukan Olimpik dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat emas pertama negara.



Menurutnya, kecederaan itu juga tidak akan menganggu usahanya untuk layak ke temasya berkenaan kerana keazaman dan juga ketabahan yang beliau tunjukkan.



"Dengan kedudukan itu dan mata yang beliau kumpul, Azizulhasni masih lagi berkedudukan sebagai pelumba No. 1 dunia bagi acara kierin.



"Saya percaya selepas pulih, beliau mampu untuk memberikan persembahan terbaik dan seterusnya melayakkan diri ke sukan Olimpik nanti," katanya. - UTUSAN



Thursday, February 10

Sihat sebelum sakit..

Perasan tak kita selalu suka tangguh2 kalau nak buat sesuatu kerja. Contohnya bila nak wat assignment or study ke slalu cakap "lek lu..nanti buat". And last2 tak terbuat-buat jugak. Nanti sampai satu masa tiba2 sakit dan terbaring dah tak boleh nak buat ape2. Mase tu mesti menyesal sebab tak sudahkan kerja yang sepatutnya Dan di atas sebab itu jugak, update post ni before jatuh sakit or tangan sakit tak bole menaip... Erk?? Hmmm.


Sebenarnya nak cerita pasal amat, my youngest bro yang ditahan masuk wad sebab muntah-muntah selama 2 hari and tak makan ape2 langsung. Kesian tengok dia badan semakin kurus. Although dah bawak pergi klinik and macam biasa DR. Tekan2/Click2 tu tak berminat nak cek pun my bro. Aparaa punya dokto. Kalau setakat tekan or klik mouse kat pc bagi prescription wa pun bole buat. Last2 gi poliklinik gomen jugak and my bro dihantar ke hospital.Alhamdulillah keadaan my bro dah beransur pulih. My mom pulak gi buat minor operation untuk something kat kaki dia. Semoga cepat baik dan hindarkan lah segala penyakit pada semua ahli2 keluarga ku. Amin.




Dah lama gila ar tak masuk hospital. Serius rasa macam tak selesa dengan keadaan kat hospital, i mean ada satu perasaan kurang senang bila melihat persekitaran especially rasa kesian tengok air muka pesakit2 yang menahan kesakitan, pastu tengok dorang diberi treatment, darah, dan segalanya. Masa tu memang rasa bersyukur sangat2 badan sihat waalfiat. Semoga dijauhkan segala penyakit2 dan kalau boleh tak nak la rasa ditahan masuk wad. Masa kat hospital tu jugak terfikir yang diri sendiri memang konfem la tak layak and tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor, nurse or ape2 job yang melihatkan hospital..
Sedey...  =(

Saturday, February 5

Game Kanak-kanak

Nak introduce satu game yang membolehkan korang berehat sebentar bersama-sama kit kat apabila menjaga budak2 kecik. Bagi dorang mengadap depan pc search boowa and koala. Then biar la dorang seronok main game sambil korang dapatlah berehat sekejap. Tapi still kene tengok2 gak nak2 kalau budak2 tu still tak biasa nak tekan ape2 yang patot. Kalau tak tengok silap2 dorang klik2 naya... haha. Anyway, sedap gak layan lagu kanak-kanak. Takde la ayat2 jiwang cintan cintun or instrument yang memeningkan kepala otak.


Lagu yang Paling Best..

Say Boowa...Boowa 
Say Kwala... Kwala
Say Boowa Kwala... Boowakwala
Say Boowa Kwala, Kwala Boowa... Boowakwalakwalaboowa
Say kwaboowalakwaboowala...  
kwaboowalakwaboowala
Say Walakwaboowalakwaboo... Walakwaboowalakwaboowalakwa 
boowalakwaboowalakwa
Boowa Kwala !

Boowa and Kwala,
Boowa and Kwala we are,
Boowa and Kwala...we are ! 
Boowa and Kwala,
Boowa and Kwala we are,
Boowa and Kwala...we are !

p/s: Lagu ni mencabar gak ni. jangan memain. 
kalau budak2 tu pandai nyanyi 100% 
tepat memang hebat ar, haha