Wednesday, April 6

emo ep 2

dah dua hari mcmni.. bajet nak tdo kan haziq awal then leh wat keje..

masalahnya bila haziq tdo awal, sendiri pun tertdo juga..

kalau haziq tak tdo, alamatnya ialah no 2, jalan .... eh tidak tidak

bila haziq tak tdo, mmg tak dapat tdo dan buat keje jugak. lagilah penat jwbnya.

sebagai kesimpulan.. baik tdo awal. sbb tdo awal + tak buat keje adalah lagi baik

dari tdo lambat + tak buat keje...


motif cakap macamni.. nak sedapkan diri T_______T


lepas ini.. sila jangan malas... hep..hep, lepuk kang. marah diri sendiri

Tuesday, April 5

masterchef

hi korang.. pernah tak korang tgk rancangan realiti masakan.. mmg best giler kalau korang tgk skill dorng ni memasak. slalu gk folo rancangan mcm top chef or masterchef, iron chef dan mcm2 lagi la. paling ske tgk junior masterchef.. budak2 ni masak mmg nampak sedap. trase noob giler.. dorang lg pro la kot.




btw, korang tau tak yang masterchef malaysia sedang mencari applicant. so sape2 yg rase ade skill, sila lah masuk ke rancangan ini..




kalau agak2 takda skill tu, tak payah la buang masa anda, juri dan penonton yg nak tengok..




sesiapa yang berminat..
http://www.astro.com.my/masterchef/





Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?


Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.


Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.


Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar ke masterchef@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011.

Bukan Live update da

Patot live update haritu.. tapi disebabkan kat highway 3g network tu kejap ada kejap tak macam biskut.. last2 tak jadi la mengupdate.. Mood nak cerita pun dah lenyap. Ni pun dalam draft da berapa lama..

Dipendekkan cerita, haritu naik bus dari melaka sentral ke TBS. Naik bus delima.. (Selamatkan la perjalanan ku)

Tersalah naik bas ke JB/ Singapore.. Taktau ape la slack mate salah pandang. Serius nmpak mcm KL mule2.. Mesti uncle tu baru tukar board tu. mule2 KL ni.. (dengan nada yakin).. Salah uncle tu r.. Ecececech.. salah kan org..


Tapi uncle yang baik hati itu telah bersusah payah call member nya yg ke kl baru bergerak (masa sama) tunggu kat tol. Lalu dapat la tukar bas kat tol. Fuh.. selamat.

Kesimpulannya.. sila berhati2 semasa naik bas. Anda mungkin smpai ke thailand, Indonesia, ataupun Nigeria.. Dah2 stop merepek

Genting Time

Well.. blog dah berhabuk.. uhuk2.. gila lama tak update. Baru je balik dari bercuti 2 hari 1 malam di genting. Walaupun tak berpeluang main semua2 disebabkan oleh ramai orang + melayan 2 org kanak2 ribena.. still dapat naik benda baru yg sblm ni mmg ta naik ar... Majoritynye family ride ar


Contohnya.. naik kereta antik. Klau sebelum ni bajet tak cool la naik kereta slow mo mcm ni.. mate sebelah pun tak pandang. Actually seronok gak.. Reason sbb kitorang 2 kereta terakhir.. So byk pit stop and posing2.. Di pendekkan cerita, kereta antik lain semua dah smpai dan berlepas semula, baru kitorang smapi..Zzz
antique car

Naik boating ni mmg penat gile.. Sbbnye kitorng berlumba.. org rilek boat slow2 kitorng sempat race. Mmg after main tibe2 badan rase panas and kaki lenguh..Waddddeee

Row row row bukan boat..
Naik monorail.. pemandangan sgt kewl la.. Habis satu genting outdoor indoor die pusing... View die mmg cun nak2 kitorang naik pun dah nak malam.


kanak2 yg hepi naik monorail.. sila abaikan baju kuning (bkn kanak2)
bukan kanak2 tapi hepi jugak



cantik kan? .. iye .. ye

benda pertama naik smpai2 kt genting ialah pirate ship ini. no feelings @@
.
.
.
.
.
.
.
IKLAN SEBENTAR

Anda pandai berposing seperti ini.. 

Ingin menjadi America Malaysia next top model?
sila hantar ON MODEL ke TEMPO (83676)
.
.
.

We're Back....
Banyak gak mainan thrill yg try tapi takda picture la.. Sedey.. Nak beli yg auto snap2 gile kopak ar...
So gambar google jadi la ek


Recommend korang naik ni.. Mesti terkonfius sekejap.. Aku ni superman ke?? Lalalala
flying coaster


Tak sempat naik mende alah ini sebab lama sgt beratur naik go kart.. Sila sedey bersama-sama saya T___T
Sangat2 direkemen naik khas2 untuk org yang terasa nak terjun bangunan mesti pk 30-40 kali

space shot

Ni pun direkemen gak. Nanti ade snap pic, pndai2 ar cover muke..
kalau pro sila tdo la time naik bende ni mcm mr bean..


Paling lawak tgk andak and mak naik binatang ni.. LOL. Kejam kah saya kerana tidak memberitahu bende ni adalah salah satu gologan thrill rides. Mak yang beriya iya nak naik. Tak baik halang.. kan kan

thunder dragon

.
.
.
.
IKLAN SEKALI LAGI

Anda sunyi??
hantar ON KAWAN ke 39999
.
.
.


We're back.. Pendek kata, banyak je indoor dan outdoor tak try lagi.. Myb next time akan dtg sekali lagi.. Gambar kureng sbb ada di camera lagi satu.. tapi cukup2 la buat mase ni. Nanti org kate syok sendri plak kan.. =)

Haziq and School

Harini hari tak offical haziq ke sekolah for the first time.. Selama ni ke ruma nenek and taska sahaja. Tapi untuk temporary shj kat sini.. Semalam dah tanya2 cikgu nak hantar untuk beberapa minggu and cikgu bagi green light...


So kira harini hari pendaftaran la gak... Luckily semalam haziq tdo awal.. tak bagi die tdo ptg.. tgk die da mengantok mase dlm kereta tapi time tu dah pukul 5+ which mean kalau die tdo konfem pukul 8 baru bgn..


Haziq bangun dalam kul 7.50, termenung dlm bilik air sekejap smbil pegang berus gigi 5 minit. Dlm 10 min gk nak tunggu die siap2 mandi.. Lol.


Then, pakai baju haziq pilih sendri nak kaler merah.. Memandangkan takde baju formal.. Tu ok lagi sbb mule2 die pilih baju sleeveless and suar tdo, hahaha. Muke normal, tak excited and tak sedey. Maybe sebab mood bangun tdor lagi.


Lepas dah siap2 packing barang including buku, pensel, colour pencil yang mane semuanya beli semalam ><"
Beg pun pakai beg sementara tunggu beg ben 10. Haziq call mama suh bawa beg die nt. Sweeet...


So, kitorang pun jalan kaki ke school. Nasib baik dekat sje.. Tgk haziq da start excited gelak2 mase suh posing2 amik gambar.. Smpai school hantar haziq, snap2 pic skit.. then zsssup...trus balik..


Gambar2 haziq yang redi for 1st day school


kening ziana zain @@
suke buat expression pelik2

muke control


da mule dah..

kwn2 baru

MOOD di rumah sekarang: Aman dan sunyi... speechless.. asik tgk jam.. fikir haziq wat ape kt school ^___^