Nak cerita pengalaman melanggan astro first ni.. Macam mana caranya...
1. Tekan ke channel 480..
2. Selepas itu, tekan button blue kaler.. utk order filem ape.
3. Select filem ape yang korang dying nak tengok sangat2 tapi tak sempat tengok kat wayang.
4. Lepas pilih korang akan dikehendaki menghantar sms pulak dan tunggu dapat confirmation sms.
5. Lepas dapat confirmation SMS, dalam masa 5 minit, korang akan dapat tengok cerita yang dipilih.
Cari lah channel dari 482 - 485 ye.. Mudah saja untuk menghabiskan duit dari rumah juga.
Pengalaman menonton dari rumah
Mula2 sekali masa try buat sebab nak tengok cerita damping malam.. Kenapa nak tengok filem ni? Sebab excited terlebey nak try benda baru.. Excited ni..
Time tu dah pukul 12+ mlm. Tekan la channel 480 tu, then dah pilih cite damping malam..Konon2nya nak tengok midnite movie cite antu, thrill la tu.. pastu sms lah ikut instruction die.. Tunggu punya tunggu... mane sms confirmation tak dapat2 ni...last nak tido je la cmni. Baru nak tido tibe2 dapat pulak sms confirmation..Tak jadi tido, then try buka channel tapi die tulis tak subscribe lagi.. Ape kes? Tak jadi, terus tido je. Bajet esok bole la tengok.
Keesokan harinya... On astro, tp still tak dapat tengok. Eh tak boleh jadi ni. Dalam SMS cakap dah dikira purchase. Cukup bulan mau kena bayar RM 15 untuk sebijik movie.. Hati tak senang. Call astro service centre. Amik fon dan dial la nombor 1 300 82 3838
Dail kali pertama.
Dah folo instruction tekan sana sini utk bantuan teknikal, last2 sorang mamat melayu menjawab. Story la bagitau dah purchase tapi tak dapat tengok, dia cakap akan resetkan signal then suh check balik.
Ok fine.Bajet dah setel. Lepas tu tunggu2 tak dapat2 tengok lagi.
Dail kali ke-2
FOlo instruction... then sorang minah chinese jwb. Baru tengah cite2 prob pasal astro first tibe2 call drop. Dalam hati, aih... minah ni gi putuskan call ke sebab tak paham... =.=". Tak puas hati. G website astro drop comment...
Dail kali ke-3
Sekali lagi kena tekan sana sini dulu baru dapat bantuan teknikal.. Kali ni minah indian pula.. Hoho.. bgsnya malaysia masyarakat majmuk. Sekali lagi menerangkan prob dengan bersemangat. Tengah cakap2 tibe2 putus lagi... Adohai. Sabar..
Dail kali ke-4
Kali ni dah ingat instruction.. tak sempat makcik operator abis cakap dah tekan no dah dengan pantasnya.. Kali ni seorang mamat chinese jawab. Baru je bagitau nak cakap pasal astro first.. Tiba2 dia cakap kejap, dia kata salah option dia suruh select astro package..And hantar balik pada call mula yang kena select instruction satu persatu...
Walao wey.. tak abis cakap lagi ni... Gua bukan nak tanya pasal package la.. kalau tu tengok website pun bole. Suka2 hati pergi transfer call gua balik semula.. Ini mesti dulu mase kecik2 jenis murid2 yang cikgu cakap suruh bace arahan dulu baru jawab soalan.. tapi tak buat. tu sampai besar pun perangai tak berubah..
Time tu memang rase nak tuka jadi hijau dah...@#$&6#!!! Apa punya orang!!!
Dail kali ke-5
Tekan2 lagi macam biasa.. Time ni memang dah geram. Nak kautim abis2.. Seorang minah melayu yang bersuara merdu sambil memperkenalkan diri name penuh.. Terdengar wani je.. Mane ade perasaan nak dengar name ape die pun time tu. Cakap lembut je orangnya.. Nak jadi hulk pun terbatal.. So mengadu la kat dia kate dah purchase dari semalam tapi tak dapat2 tengok... wuuu...wuu T__T
Then dia cakap dia akan reset signal dan dalam mase paling lama satu jam dah boleh tengok... Ok.. ok
After 15min cmtu, try tengok.. eh dah boleh. Wah, lega rasenya. Memang berkaliber sungguh wani. Hepi trus drop comment kat astro cite pasal kehebatan wani.. Kalau semua org2 customer service macam wani ni kan best.. Efficient. Buat kerja pun cekap jek.
Walaupun dah bole tengok tapi saving nak tengok malam nanti beramai2... So pada malamnya kitorang pun tengok.. dan ceritanya tak berapa nak best pun. kalau dari 1 sampai 10 gua bagi 4 je ar. Kira kalau korang gi tengok kat wayang mesti rase rugi ar.. Sebab tengok kat rumah..5 orang utk RM15 kira murah ar kan. Kalau kt wayangdah berape puluh hinggit, tak masuk popcorn+air dengan minyak+parking semua lagi.
Selepas pengalaman pertama beli cite pertama.. selang beberapa hari kemudian ade pulak request kali kedua untuk tengok aku masih dara pulak. Tapi kali ni, purchase tak sampai beberapa minit dah dapat confirmation sms. 5 minit kemudian dah dapat tengok cerita nya.. dah takda prob lagi..
Tapi still cerita dia still korang akan rasa layak ditonton di rumah jugak. Bagi sinopsis skit.. Cerita pasal 3 orang minah yang kaki clubbing suka minum arak - Alisya, Hani, dan Sofia. Alisya dan Sofia kira orang anak orang berada la jugak, Si Hani orang susah tapi die la yang paling takle blah..
Alisya ade sorng cousin bernama Firdaus. Bapak alisya yang suruh firdaus datang untuk nasihatkan anaknya.. Last2 dia je jugak yang tak berubah dalam filem ni. Pendek kate, jalan cerita macam tak berapa nak best. Kalau dari 1 sampai 10, bagi 4 jugak. Same level je dengan damping malam.. Tapi still lagi worth it dari tengok kat wayang.. =)
So bagi korang yang rase nak tengok beramai dan untuk lebih penjimatan sila lah subscribe astro first..
Harap2 korang takde la kena dail astro customer service smpai 5 kali macam gua... ishk2
Sekian...
No comments:
Post a Comment